Sembilan puluh minit untuk membetulkan struktur kempen Search anda, dari keyword sehingga iklan.
Kempen Search di Malaysia jarang gagal kerana kekurangan duit. Ia gagal kerana strukturnya sudah salah sejak hari pertama.
Setiap bahagian berakhir dengan sesuatu yang boleh terus dibawa masuk ke akaun anda sendiri.
Corak yang sama berulang dalam hampir setiap akaun yang saya audit. Kenali dahulu, supaya tidak diulang.
Campaign, Ad Group, Keyword, Iklan, dan Landing Page. Bagaimana lima lapisan ini sepatutnya berhubung, dan apa yang rosak apabila ia tidak.
Membezakan carian orang yang sudah bersedia membeli daripada orang yang sekadar membaca. Termasuk kluster dwibahasa untuk pasaran Malaysia.
Kategori negative yang sepatutnya sudah ada sebelum anda belanja seringgit pun.
Menulis Headline dan Description mengikut susunan Feelings, Outcomes, Features, dan kekal patuh polisi Google Ads.
Metrik mana yang benar-benar penting untuk perniagaan kecil, dan mana yang hanya menjadikan laporan nampak cantik.
Bawa masalah akaun sebenar anda. Kita bincang terus dalam sesi.
Ulang tonton semasa anda benar-benar sedang membina kempen, bukan semasa mendengar sahaja.
Rangka Campaign dan Ad Group yang boleh terus diisi.
Permulaan dalam BM dan English untuk konteks Malaysia.
Bukan sesi menonton. Bawa nombor sebenar anda, kita periksa bersama dalam masa yang ada.
Kelas ini adalah struktur yang sama saya guna setiap kali membuka akaun baharu untuk klien.
Azrain Alaman, Search Demand and Performance Partner untuk klinik dan SME
Yuran akan naik untuk kohort seterusnya. Tiada diskaun selepas ini.
Harga sudah termasuk caj gateway. Pembayaran melalui BayarCash. Pautan Zoom dihantar ke WhatsApp dan emel selepas pembayaran disahkan.
Boleh. Sesi bermula dari struktur asas, jadi akaun aktif bukan syarat. Namun jika anda sudah ada akaun, anda akan dapat lebih banyak kerana boleh terus membandingkan dengan keadaan sebenar semasa sesi.
Bahasa Melayu. Istilah teknikal Google Ads dikekalkan dalam bahasa Inggeris kerana itulah istilah yang anda akan lihat dalam antara muka platform.
Anda tetap menerima rakaman penuh. Namun bahagian soal jawab hanya boleh dimanfaatkan sepenuhnya jika anda hadir secara langsung.
Tidak. Sembilan puluh minit tidak menjadikan sesiapa pakar, dan saya tidak akan berjanji begitu. Apa yang sesi ini beri adalah struktur yang betul dan urutan langkah yang jelas, supaya anda berhenti membuat kesilapan asas yang paling mahal.
Tiada. Hasil kempen bergantung kepada bajet, persaingan, tawaran, dan laman pendaratan anda sendiri. Sesiapa yang menjanjikan jaminan hasil daripada satu kelas patut dipersoalkan.
Melalui BayarCash, menyokong perbankan dalam talian Malaysia. Selepas pembayaran disahkan, pautan Zoom dihantar ke WhatsApp dan emel anda.
Sesi pengenalan ini adalah kelas terbuka dan tidak dijalankan di bawah skim tuntutan HRD Corp. Untuk latihan dalaman syarikat yang boleh dituntut, hubungi saya secara terus untuk perbincangan.
Hantar mesej WhatsApp ke 013 418 9119 dan saya jawab secara peribadi.
Setiap minggu dengan struktur yang salah adalah seminggu membayar untuk klik yang tidak akan menjadi pelanggan.
Daftar, RM68Selasa, 11 Ogos 2026, 3.00 sehingga 4.30 petang, live di Zoom.